SOALAN LAZIM

Soalan Lazim

Senarai Soalan

  1. Adakah Jus23Herba Mahal?
  2. Apakah itu Jus23Herba?
  3. Apakah jenis-jenis faedah yang boleh saya jangkakan dengan penggunaan Jus23Herba?
  4. Berapa banyak Jus23Herba yang harus saya ambil setiap hari?
  5. Adakah OK untuk mengambil Jus23Herba setiap hari selama suatu jangka masa yang panjang?
  6. Adakah Jus23Herba diluluskan oleh pihak FDA?
  7. Adakah terdapat kesan sampingan dengan penggunaan Jus23Herba?

Adakah JUS23HERBA Mahal?

Harga sebotol ialah RM 138.00 (tidak termasuk kos penghantaran). Mahal?

Jika jawapan anda produk ini mahal, sila lihat perkiraan ini :

RM138 / 23 jenis herba = RM6 perherba!

Kalau di kedai ubat, pasti anda tidak akan dapat membeli Ginseng / Aloe vera atau Cendawan Reishi pada harga RM6! Produk ini berasal dari Canada. Jus ini adalah enak dan sesuai diminum oleh semua peringkat umur, boleh diambil bersama ubatan hospital dan tidak perlu dibancuh atau dicampur dengan bahan-bahan yang lain.

JUS 23 HERBA mendapat pengesahan antarabangsa bagi status Halal ~ IFANCA ( Islamic Food and Council of America ) dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM MAL20033423T ).

Dan yang pastinya, InsyaAllah dan Alhamdulillah sememangnya produk ini terbukti berkesan dalam menambah kesihatan dan mengubati pelbagai jenis penyakit!


Apakah itu Jus23Herba?

Jus23Herba adalah gabungan unik dan proprietari 23 jenis ekstrak botani yang telah dirangka untuk menyokong, menyeimbangkan dan memperkuatkan 8 sistem biologi dalam badan. Ia telah diformulasikan khusus untuk mengandungi ekstrak-ekstrak botani yang kuat tetapi tahap setiap satunya adalah amat selamat dan telah dinikmati di serata dunia selama lebih daripada 15 tahun. Jus23Herba adalah pemakanan tambahan semula jadi yang membantu mengekalkan kesegaran dan kesihatan optimum.


Apakah jenis-jenis faedah yang boleh saya jangkakan dengan penggunaan Jus23Herba?

Jus23Herba bekerja dengan sistem semula jadi dalam tubuh dan oleh sebab setiap seorang daripada kita adalah berbeza, kita mengalami keputusan yang berbeza-beza apabila menggunakan produk ini. Secara amnya, Jus23Herba membantu menyokong dan memperkuatkan bahagian-bahagian badan di mana kita paling lemah – sering kali keputusan yang diperoleh adalah sungguh dramatik. Setiap orang yang menggunakan Jus23Herba setiap hari akan mengalami faedah yang berbeza-beza. Terdapat lebih daripada 85,000 kajian penyelidikan yang telah diterbitkan dalam jurnal-jurnal ulasan sebaya yang menyokong faedah setiap ramuan botani yang terkandung dalam Jus23Herba.


Berapa banyak Jus23Herba yang harus saya ambil setiap hari?

Dos yang disyorkan untuk Jus23Herba ialah 28 ml hingga 56 ml (1–2 auns bendalir) setiap hari, tetapi sehingga 168 ml (6 auns bendalir) boleh diambil dengan selamat secara harian sekiranya anda merasakan bahawa badan anda memerlukan sokongan tambahan. Intra amat sesuai untuk seisi keluarga.


Adakah OK untuk mengambil Jus23Herba setiap hari selama suatu jangka masa yang panjang?

Ya. Sememangnya Jus23Herba telah dibangunkan untuk tujuan itu dan ia menggunakan ekstrak-ekstrak botani yang telah ditulenkan dalam formulasi yang seimbang dan selamat. Ramai pakar herba menyarankan agar dos-dos tinggi bagi setiap ramuan botani diambil selama suatu jangka masa yang pendek sahaja. Walau bagaimanapun, hal ini tidak melibatkan Jus23Herba kerana Jus23Herba diformulasikan khusus dengan mengambil kira aspek keselamatan, dan menggunakan tahap sederhana bagi setiap ekstrak botani.

Adakah Jus23Herba diluluskan oleh pihak FDA?

Sebagai diet tambahan, Jus23Herba dianggap sebagai makanan. Oleh itu, ia tidak memerlukan kelulusan FDA. Pihak FDA tidak menawarkan pandangan mahupun mengeluarkan kelulusan bagi diet tambahan. Namun begitu, pengujian makmal bebas yang ekstensif dan ketat telah mengesahkan keselamatan dan ketulenan semua komponen Jus23Herba.

Adakah terdapat kesan sampingan dengan penggunaan Jus23Herba?

Secara amnya, Jus23Herba tidak mempunyai kesan sampingan. Kadang kala, sebilangan kecil orang ramai melalui suatu tempoh penyesuaian atau pembersihan yang ringan sejurus selepas mengambil produk. Proses ini tidak berpanjangan melebihi 3 – 5 hari, dan boleh dielakkan dengan mengambil produk dalam amaun yang kecil (5 – 10 ml / 1 – 2 sudu teh), dan secara beransur-ansur meningkatkannya sehingga tahap 28 ml – 56 ml (1 – 2 auns bendalir). Jika anda sedang menggunakan ubat, tindakan yang baik ialah memulakan penggunaan dengan perlahan-lahan, dan sedikit demi sedikit meningkatkannya sehingga tahap harian 28 ml – 56 ml (1 – 2 auns bendalir). Di samping itu, Jus23Herba adalah produk makanan, atas sebab itu, segelintir pengguna mungkin mengalami alergi kepada salah satu ramuan yang membina formulasi ini. Seperti mana produk makanan lain, sekiranya wujud alergi, individu berkenaan seharusnya tidak meneruskan pengambilan Jus23Herba


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


%d bloggers like this: